8 Sustainable Development Goal (SDG)


Tambah baik akses kepada nutrisi dan sokongan untuk makanan seimbang.

Mengubah sistem kesihatan untuk
menangani keperluan kesihatan
kronik.

Menyediakan latihan dan peluang
pendidikan untuk meningkatkan
kesihatan, kemahiran, dan penglibatan sosial.

Memperkasa warga emas wanita,
menangani keburukan, menambah
baik penglibatan tenaga kerja, dan
akses kualiti kesihatan, serta servis
penjagaan sosial.

Menggalakkan inovasi, teknologi bersepadu, dan data komunikasi efektif untuk penuaan yang sihat.

Tindak balas polisi perlu mempromosikan akses yang saksama bagi penuaan yang sihat
untuk semua dengan mempertimbangkan jurang penglibatan sosial.

Memerangi ageism, stereotaip, meningkatkan kesedaran, mempromosikan tindakan antara
sektor, memastikan masyarakat adil dan institusi yang kukuh memberi manfaat pada semua peringkat umur.

Membentuk bandar mesra umur dan komuniti yang menampung keperluan, kapasiti, kecenderungan dan sumbangan warga emas.
New Urban Agenda (NUA)
NUA telah dilancarkan di Quito, Ecuador pada tahun 2016 semasa Konferensi Bersepadu Perumahan dan Pembangunan Bandar Mampan (Habitat III). NUA adalah manifesto untuk menangani cabaran berkaitan perbandaran pesat yang tidak dijangka.
NUA bertujuan untuk membina kerangka keseimbangan yang mampan antara pembangunan dan perbandaran yang baik melalui 11 matlamat yang berfokuskan kepada bandar mampan dan Komuniti.
Kesimpulannya, visi NUA adalah membentuk bandar yang menyeluruh tanpa mempunyai sebarang diskriminasi kepada generasi sedia ada dan akan datang untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan (UnitedNations (Habitat III), 2017).


Kerangka dan Ciri Bandar Mesra Usia yang dicadangkan adalah berdasarkan kajian yang dijalankan di Negeri Perak dan Selangor. Kajian ini dibiayai geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS/1/2021/SS0/UITM/02/2) daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Kajian ini juga menggabungkan input penting daripada kajian terdahulu bertajuk Framework and Strategies for Developing Age Friendly City in Malaysia yang dibiayai oleh National Real Estate Research Coordinator ( NAPREC (R&D) 3/16), Institut Penilaian Negara.

© 2025 Bandar Mesra Usia (BMU)
