Sorotan Kajian

A) Definisi

A man and a woman sitting next to each other

Warga emas

Warga emas merujuk kepada golongan yang berumur 60 tahun dan ke atas

(WHO, 2012).

aerial view of city buildings during daytime

Bandar

Bandar dapat ditafsirkan sebagai sebuah tempat berkepadatan yang mempunyai kehadiran individual dan terlibat dengan persekitaran fizikal Kano, Rosenberg, & Dalton (2018).

man in black and white stripe dress shirt sitting on concrete bench

Penuaan

Penuaan membawa konsep yang lebih luas tentang populasi tua terdiri yang daripada keupayaan mental, perubahan fizikal, ciri sosial, status ekonomi dan perubahan psikologi (Tobi et al., 2018).

B) Keperluan Golongan Berumur

Perumahan

Pemilikan perumahan, keselamatan komuniti, kebebasan, keselesaan tanpa mengira umur, pendapatan, atau tahap kemampuan (Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit). Keperluan perumahan juga merujuk kepada penyediaan perumahan yang sesuai untuk digunakan oleh warga emas terutamanya untuk pergerakan di dalam rumah sendiri ke arah rumah mesra warga emas “elderly-friendly housing” (Luoma-Halkola dan Häikiö, 2020; Bignnesse and Chaudhury,(2021).

Dasar Perumahan Negara (DPN) 2018-2025 menyediakan strategi bagi kawalan harga perumahan mampu milik serta peruntukan perumahan bagi golongan khas seperti warga emas.

EMOSI

Rasa kepunyaan terhadap sesuatu kawasan atau persekitaran mampu menyokong kebebasan, kawalan dan kesejahteraan (Martin, 2019). Kesihatan emosi atau psikologi penting dalam mencapai kualiti hidup melalui perasaan positif, ketenangan, dan keceriaan (WHO, 2013), dan harga diri (Tomaka dan Blascovich, 1991).

KEUTAMAAN SOSIAL

Keperluan interaksi sosial (Alidoust dan Bosman, 2015; WHO, 2003). Sokongan sosial dan komuniti dapat meningkatkan fungsi respon daripada warga emas terutama dalam konteks komunikasi dan pemikiran. (Berkman, 2000). Interaksi sosial dan sokongan komuniti dapat mengelakkan warga emas daripada kemurungan, keresahan dan pelbagai penyakit mental (Prince et al., 1997; Hao et al., 2017).

C) Kesan Populasi Menua

Peralihan demografi ke arah komuniti menua memberikan impak kepada generasi akan datang. Perubahan ini dilihat memberi impak dalampelbagai aspek seperti kemudahan sokongan sedia ada, pembangunan fizikal, aktivitikemasyarakatan dan sektor ekonomi.

Bandar Mesra Usia (BMU) ditulis dengan tujuan untuk memberikan panduan praktikal dan informasi terkini kepada perancang bandar, penggubal dasar, dan masyarakat umum dalam usaha mereka mewujudkan persekitaran yang menyokong kesejahteraan semua golongan usia, terutamanya warga emas.

Kerangka dan Ciri Bandar Mesra Usia yang dicadangkan adalah berdasarkan kajian yang dijalankan di Negeri Perak dan Selangor. Kajian ini dibiayai geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS/1/2021/SS0/UITM/02/2) daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Kajian ini juga menggabungkan input penting daripada kajian terdahulu bertajuk Framework and Strategies for Developing Age Friendly City in Malaysia yang dibiayai oleh National Real Estate Research Coordinator ( NAPREC (R&D) 3/16), Institut Penilaian Negara.


© 2025 Bandar Mesra Usia (BMU)