Kajian Bandar Mesra Usia (BMU)

di Perak

Peratus Warga Emas Mengikut Negeri 2019

Secara keseluruhannya, populasi warga emas negara menunjukkan peningkatan sebanyak 6.7 peratus. Peningkatan yang ketara dilihat di Negeri Perak sebanyak 10.6 peratus iaitu sebanyak 266,283 warga emas. Hal ini menjadikan Perak sebagai negeri yang mempunyai kadar populasi warga emas tertinggi di Malaysia diikuti Perlis

sebanyak 9.1 peratus dan Pulau Pinang sebanyak 8.6 peratus.

Peratus Warga Emas Mengikut Negeri dan Tahun (2010 - 2019)

Sejak tahun 2010, Perak telah mencatatkan peratusan tertinggi populasi warga emas berbanding negeri-negeri lain. Dengan kadar purata peningkatan 0.2 peratus dalam tempoh 9 tahun, populasi warga emas di Perak meingkat sebanyak 2.9 peratus dari tahun 2010 sehingga tahun 2019. Manakala 2 negeri tertinggi lain iaitu Perlis mencatatkan kadar peratusan peningkatan 1.9 dan Pulau Pinang sebanyak 2.2 peratus. Secara keseluruhannya, kadar peningkatan warga emas negara adalah 1.7 peratus.

Populasi dan Peratus Warga Emas di Daerah di Perak 2019

Jumlah warga emas bagi Negeri Perak dicatatkan seramai 195,681 orang pada tahun 2019. Daerah Kinta dikenal pasti sebagai daerah yang mempunyai jumlah populasi warga emas paling tinggi dengan jumlah peratusan sebanyak 33.63 peratus. Peratusan warga emas tertinggi ini diikuti oleh daerah Larut, Matang dan Selama dengan peratusan 14.71. Manakala daerah Ulu Perak mencatatkan jumlah peratusan terendah sebanyak 3.52 peratus.

Bandar Mesra Usia (BMU) ditulis dengan tujuan untuk memberikan panduan praktikal dan informasi terkini kepada perancang bandar, penggubal dasar, dan masyarakat umum dalam usaha mereka mewujudkan persekitaran yang menyokong kesejahteraan semua golongan usia, terutamanya warga emas.

Kerangka dan Ciri Bandar Mesra Usia yang dicadangkan adalah berdasarkan kajian yang dijalankan di Negeri Perak dan Selangor. Kajian ini dibiayai geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS/1/2021/SS0/UITM/02/2) daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Kajian ini juga menggabungkan input penting daripada kajian terdahulu bertajuk Framework and Strategies for Developing Age Friendly City in Malaysia yang dibiayai oleh National Real Estate Research Coordinator ( NAPREC (R&D) 3/16), Institut Penilaian Negara.


© 2025 Bandar Mesra Usia (BMU)