POLISI DAN STRATEGY

PERINGKAT TEMPATAN

Tempatan | Antarabangsa

Polisi Peringkat Nasional

Polisi dan strategi yang mengemukakan cadangan dan strategi dala memastikan kesejahteraan warga emas yang merangkumi kesejahteraan kesihatan, perumahan dan kemudahan sokongan telah dibangunkan di peringkat nasional.

a city street filled with traffic and tall buildings

Dasar Kesihatan Warga Emas Negara 2008

Dasar ini merangkumi pendekatan

bagi penjagaan kesihatan warga

emas melalui pengekalan

autonomi dan keperluan warga

emas, mempromosikan penuaan

aktif dan hak kualiti kehidupan

warga emas.

Dasar dan Pelan Tindakan

Warga Emas Negara 2011

Dasar ini memfokuskan ekonomi,

kesihatan, sosial, kerohanian dan

persekitaran warga emas.

Dasar Perumahan Negara

2018-2025

Dasar ini memfokuskan penyediaan

perumahan mampu milik dan menekankan peranan negeri dalam melaksanakan harga kawalan perumahan bagi warga emas.

Rancangan Malaysia Ke-12

Memastikan kesejahteraan warga emas melalui pengukuhan keselamatan, penjagaan kesihatan inklusif, dan menambah baik penjagaan dan sokongan dalam konteks perundangan.

Bandar Mesra Usia (BMU) ditulis dengan tujuan untuk memberikan panduan praktikal dan informasi terkini kepada perancang bandar, penggubal dasar, dan masyarakat umum dalam usaha mereka mewujudkan persekitaran yang menyokong kesejahteraan semua golongan usia, terutamanya warga emas.

Kerangka dan Ciri Bandar Mesra Usia yang dicadangkan adalah berdasarkan kajian yang dijalankan di Negeri Perak dan Selangor. Kajian ini dibiayai geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS/1/2021/SS0/UITM/02/2) daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Kajian ini juga menggabungkan input penting daripada kajian terdahulu bertajuk Framework and Strategies for Developing Age Friendly City in Malaysia yang dibiayai oleh National Real Estate Research Coordinator ( NAPREC (R&D) 3/16), Institut Penilaian Negara.


© 2025 Bandar Mesra Usia (BMU)