Latar Belakang Kajian
A) Tren Populasi Menua Dunia
Oleh itu, jumlah warga emas ini dapat disamakan atau lebih tinggi daripada jumlah kanak-kanak (Mohd Aini, 2016). Dalam dekad seterusnya, pembesaran populasi menua ini akan menjadi palingcepat di negara-negara membangun.

Kebanyakan warga Malaysia tidak sedar akan impak negatif daripada penuaan populasi. Justeru, perancangan fizikal secara asasnya dalam konteks infrastruktur, servis, dan kemudahan telah dipertimbangkan (Tobi et al.,2018).
Membangunkan solusi dalam mencapai keperluan diversiti dan membina kapasiti bagi warga emas seperti perumahan, penglibatan komuniti serta kesihatan dan kesejahteraan perlu dijadikan pertimbangan utama dalam membangunkan pembangunan strategi masa hadapan (Ismail et al., 2015).
Kerangka dan Ciri Bandar Mesra Usia yang dicadangkan adalah berdasarkan kajian yang dijalankan di Negeri Perak dan Selangor. Kajian ini dibiayai geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS/1/2021/SS0/UITM/02/2) daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Kajian ini juga menggabungkan input penting daripada kajian terdahulu bertajuk Framework and Strategies for Developing Age Friendly City in Malaysia yang dibiayai oleh National Real Estate Research Coordinator ( NAPREC (R&D) 3/16), Institut Penilaian Negara.

© 2025 Bandar Mesra Usia (BMU)
